Wednesday, March 15, 2017

Masak2

hari ni sarapan dengan adam skali

malam nya ayah masakkan lauk ayam gulai masam tempoyak
lauk kegemaran anak2, akak tak leh masuk dah lauk nih aihhhh

akak wat kan pengat pisang
awat comot sangat la ropa nya nihhhh
kik3


Tuesday, March 14, 2017

Kisah Seram: BUAT APA DEKAT SITU?


Selepas Husna dan Eja menanyakan soalan budak yang aku nampak tu, aku menjawab "bukan budak tulah, budak yang aku nampak tu tak pernah keluar daripada kawasan kolej ni".

Begini ceritanya..

Memang setiap kali hari minggu, para pelajar memang lebih gemar untuk beristirehat di malam hari. Sama ada tidur atau menonton filem di laptop. Sepi.

Pada suatu malam, aku ditinggalkan kawan seorang diri dalam bilik asrama. Jadi untuk menghilangkan sunyi, aku membasuh baju aku di bilik basuh yang terletak di sebelah court badminton.

Untuk mengetahuan, bilik basuh kolej aku ada dua satu di sebelah court dan lagi satu di belakang bukit. Tapi tu untuk asrama lelaki.

Selesai membasuh pakaian yang cuma sehelai tu, aku pun keluar dari bilik itu.

"Anak siapa pulak ni? Ke anak warden?". Fikir aku. Nak kata anak warden,  warden tak kahwin lagi. Nak kata anak saudara, mungkin ya. Tapi takkan warden biarkan budak tu merayau di hening malam.

Budak itu adalah budak perempuan yang memakai dress paras lutut, berwarna putih dan mempunyai corak bunga kecil berwarna merah jambu. Rambutnya diikat kiri kanan. Di tangannya ada teddy bear.

Budak tu merayau di bilik basuh berhampiran bukit.

Sekejap-sekejap berhenti dan melihat ke bilik basuh tersebut.

Apa yang menyeramkan, bukanlah wajahnya yang hodoh. Diganggu juga bukan, kerana hantu budak itu tak suka menyakat manusia. Tetapi..

Hantu budak itu gemar mememerhatikan para pelajar di tingkap yang terbuka. Lebih-lebih lagi di bilik basuh asrama lelaki.

Sekiranya bernasib baik, anda boleh lihat kepalanya menjulur ke dalam bilik basuh sambil memandang anda.

Tetapi kalau di asrama perempuan, hantu budak itu lebih gemar memerhatikan anda di atas loker bilik masing-masing sambil memegang teddy bear yang tidak berkepala..

Cerita kali ni tak menarik. Walaupun hantu budak ni agak popular di kolej kami, cuma kerap ia memperlihatkan diri, jadi agak bosan macam "asyik-asyik kau".


=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

Monday, March 13, 2017

W29 - akujanji SPM

pagi ni ada hari akujanji SPM sekolah anis
so akak pun cuti untuk di pagi tu

kat skolah tak sempat amik2 gambar
dah balik baru amik gambar nya


hikkkk beza eh kami berdua
anis pun slimmed down jugak
sebab dia follow akak punya diet and workout
sabau je laaaa minah ai tu

saje letak sini bagi esok2 anis tengok akujanji dia ni kannnnn

good luck kakak, ibu love u soooooo much!!





Sunday, March 12, 2017

Kisah Seram: KENAPA KUCING NI??

KENAPA KUCING NI??

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku..

Begini ceritanya.

Kawan aku suka keluar sampai lewat malam. 3-4 pagi baru balik. Paling lambat pun jam 6pagi.

Satu hari, kawan aku balik jam 3 pagi, Pergi mana, aku tak tahu. Untuk pengetahuan semua, kawan aku tinggal di apartment. dan mempunyai 3 lif untuk setiap block.

Dalam perjalanan balik, dia bertembung dengan seekor kucing yang sangat manja. Kalau panggil, memang kucing ni akan ikut, sampai ke rumah.

Tetapi, pada pagi tu, kucing tu lain macam..

Seperti biasa, kawan aku memanggil kucing itu, terus kucing tersebut meluru ke arah kawan aku. Sampai bawah blok, kucing tu berhenti.

Kawan aku memanggil kucing tu.

Tiada tindak balas.

Dia memanggil lagi.

Langsung tak diendahkan kawan aku.

Kawan aku mengumpan kucing tersebut dengan roti yang dia bawa. Terus kucing tersebut datang ke arah kawan aku dengan perlahan.

Apabila kucing berada di tempat kawan aku berdiri, kawan aku segera menekan punat lif utk naik.

Tiba-tiba pintu lif tengah terbuka.

Kawan aku masuk, dan memanggil kucing itu.

Kucing tersebut tidak berganjak.

Pelik! Tidak seperti selalu. Kawan aku umpan lagi dgn roti. Namum tiada tindak balas.

Dipanggilnya lagi kucing itu. Tiada jugak tindak balas.

Terlalu kecewa, kawan aku tutup pintu lif.

Tutup sahaja pintu lif....

Kawan aku nampak imbasan di pintu lif, perempuan berbaju putih berdiri betul-betul di belakang kawan aku.

"Patutlah kucing itu takut".

Agak malang, rumah kawan aku di tingkat atas sekali iaitu di tingkat 15.

Walaupun takut, kawan aku tetap memandang ke imbasan pintu lif.

Apa yang kawan aku nampak, perempuan itu perlahan-lahan merapatkan mukanya betul-betul di sebelah muka kawan aku..


Wajah hantu itu dari mulanya bengis, perlahan-lahan memberikan senyuman.. senyuman yang diukir melalui imbasan cermin.

Mahu tak mahu, kawan aku membiarkan sahaja, walaupun hantu itu kini memandangnya.

Sampai di tingkat 15, kawan aku cepat-cepat keluar dan kelam kabut membuka kunci pintu rumahnya..

Adakah kawan aku berubah? Jauh sama sekali.

=============================================

entry kali ni dari koleksi penulis besarkecik
dari forum cari ..

Saturday, March 11, 2017

W30.. boleh ni bolehhhhhh

week 30 dah perjalanan akak nih ye

minggu lepas masa wedding manees, masa pilih2 baju
skali semua baju2 dah besar2 ye
tak elok nak pakai lagi dahhhh
memang buruk lansung sebab dah besar2 baju nya

terpaksa korek2 baju lagi lama
tadaaaaa!!   baju tahun 2003 yang muat!!

ce tengok profile blog akak nih
itu gambar dari tahun 2003
ekekekekkekeke alhamdulillahhhhh
tak sangka boleh pakai baju ni semula dengan selesa nya

week nih, penurunan berat dah semakin slow dah
tapi inci ukuran badan nampak berbeza dari minggu ke minggu
aduhhhhh memang terasa hazab nya tuuuuu
rasa nak giveup pun banyakkkkk kali

tapi bila nampak gambar2 gini
semangat akak kembali membara
sebab tu asik kena up gambar2 gini
untuk semangat diri sendiri

boleh ni akak jamu..   boleh!!


Wednesday, March 8, 2017

From DHL

semalam dapat coklat sebab akak nya laptop n meja clean katanya
secured gittewwwww
coklat dia sodap ohhhhh

pastu today sempena women's day dapat ni plak dari DHL
coklat chips cookies..   sodap gak!!
thanks DHL!!

Sunday, March 5, 2017

Manees dah kawinnnn

hari ni wedding another GG (gossip girls MBA class of 2016)
yeahhhh kena la akak gi jugak2 kannnn

OOTD katanya


semua ikut nih

itu dia perantin nya
kemain cantikkkk dengan kaler pink belacan nih


terkezut anis tengok abang2 hensem ni pakai skirt
kik3

so kami pun naik pelamin amik2 gambo dengan perantin nya


tu dia kami berempat, the GG :D
alhamdulillahhhh semua GG taken dah

selamat perantin baru Manees n Sukeri
semoga happy dan bahagia sampai bila2