Monday, May 31, 2010

anis dah pandai begayuttt..

hmmmmm dah pandai begayut dah anak aku sorang nih.. dengan kawan2 skolah dia tah sapo2 ntah. jadik kalau ada bunyi phone jek, mmg aku soh dia pi angkat laaa. best gak ada receptionist nih ek??


tengok dia, sengehhhhh jek. dan aku dah pesan, waktu study (8:30malam sampai 10:30 malam) takleh gayut. no phone during this time. seb baik dia cakap ok. biasa nya kawan2 dia la yg talipon. kalau dia nak make calls pun aku ok jek, dengan syarat bukan henpon. pengsan aku nak mambayau bill talipon..

aku dulu2 masa skolah menengah baru pandai gayut2 nih. very the advance kekanak skrg nih.

long weekends

hmmm long weekend lepas u alls wat apo?? ini la aktiviti aku :

jumaat : celebrate beday adik kat gombak. kul 8 mlm gitu balik rumah semula..

sabtu :
9:00am : hantar adam gi kelas abacus dia. pastu tros pi tesco, beli barang2 sket untuk uwan kat kampung.

11:30am : amik adam dari kelas.

1:00pm : gi wedding anak jiran sebelah rumah aku. kena gi pasai khemah dia wat bebetul tepi pagar rumah aku. tak patut kalau aku tak gi kan??

2:00pm : balik pilah, mak ajak kemas2 rumah uwan. aku sampai2 jek soh anis adam sapu daun2 kering n bakar kan. kemain sronok la depa. afzan plak memvacum seluruh rumah uwan. tak sempat nak snap2 gambar, busy bebeno :D

ahad :
8:00am : bangun n kemas2 lagik, macam la aku yg wat keje kan?? aku mandor jek.. wakkakakakakakka :D sure acik bengang kalau baca nih.

10:00am : anis adam bangun n depa start membakar2 lagik

12:00pm : mandi2 semula pasai nak pi kenduri kawin, syok mandi kat sini. pasai uwan guna air perigi. sejuk woooo, 8 kali mandi pun takpe. tapi di waktu siang la, kalau belah pagi, pengsan kesejukan.

1:00pm : gi genduri kawin anak kawan abah kat senaling, sodap wooo lauk dia. siap ado gulai cendawan masak lomak cili api.

2:30pm : balik n singgah ulu bendul. anis adam mandi manda, skali apa anis kena gigit kat ulat bulu. sakan dia melalak kat situ, satu kawasan tu org dok pandang2 dia. anis kalau dpt menangis, adoi laaaaaaa... sangat bingit okayyyy. tros bawak dia gi klinik kat senawang tu, dpt injection skali.

9:00pm : masuk tido tros, penat sesgt memasing..

Friday, May 28, 2010

beday busu..

ari nih beday adik aku yg bongsu. jadik kami celebrate la kecil2an kat gombak. aku beli kek n acik beli ayam kamben untuk BBQ. asik BBQ jek lately ek?? hmmmm tu jek yg sodap nya.. dan memang kegemaran si beday boy, layan kan aje..

happy beday busu.. cuba tengok kek dia, anis pun pelik kenapa busu dia umur 12 tahun lagik. kekekekekekeke :D


ini la kek dia.. sodap wooo, kek colat pastu depa letak eskrem sket. memang kegemaran adik n anis laaaa..


happy beday busu..


memBBQ pun bermula.. tukang bakau nya adik n acik. tukang kipas nya si zura :D dia nih mmg rajin, sarat2 ngandung pun tak berenti wat keje :D


hmmmm dah siap dah ayam n kamben nya. makan la apo lagik ek..

aku dok kejap jek pasai esok ada wedding anak jiran kat rumah aku tu. kena la gi, rumah dekat sgt dgn kami, depan rumah aku tu jek.

esok dah ada plan dah nih, mak aku ajak balik kampung. nak kemas2 kan rumah uwan kat sana. dia duduk sorang2 tak larat nak kemas. rumput pun dah panjang, nak meracun segala. jadik lepas makan2 kat wedding tu, kami cabut balik pilah.

Thursday, May 27, 2010

aktiviti encik afzan

hmmmm biasa petang2 ini la aktiviti incik afzan akak..

memula kul 6 petang kena amik akak dulu kat opis. lepas amik aku, kami tros pi skolah adam. dia balik kul 6:40ptg gitu.


ari nih ada kelas pendidikan jasmani. dia memang suka kelas nih. amat la aktif anak aku sorang nih. tgk la dia, bepeluh2 sakan. main bola katanya tadik. bau dia?? adoi laaaa amat tak bleh blahhhhh..

lepas tu soh anis adam mandi. makan dinner siap2 dulu n kul 7:50 lepas maghrib, kami pi hantar depa berdua ngaji..


kalau datang awal sblom kul 8mlm, depa berdua la akan ngaji dulu. kalau idak, ramai wooo bebudak yg ngaji sini. org dewasa pun ada jugak.


awal2 nih tak ramai sgt murid nya. kalau lama sket, memang ramai. kalau anis adam lambat kul 9 mlm baru dapat balik. adam la yang tengah ngaji tu, yg baju pink tu si anis. tgk adam, nak pi ngaji pun pakai smart2 dengan kemeja n jeans lagik. anis?? dia baju tido pun takde hal :D

balik dari ngaji kena study plak sampaiiii kul 10:30mlm. walaupun depa dah abih peksa minggu lepas, study tetappppp kena study..

Wednesday, May 26, 2010

satu lagi lagu best

hmmmmm lagu nih pun aku tengah layan sekarang.. lagu dari bebudak AF8, si maulana. RSVP kata nya. syiok wooooo.. aku memang jiwang, jadik lagu2 yg aku dengar semua jiwang2 belaka. ekkekekekekekekk :D tabah je kawan2..



RSVP - Maulana
[Klik untuk download mp3]

Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan

Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Chorus
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ulang Chorus

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

lagu aku tengah layan skrg..

sangat syahdu lagu pakcik nih, layannnnnn..



Kebahagian Dalam Perpisahan
[Klik untuk download mp3]

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Tuesday, May 25, 2010

weekend hupdate..

hmmmm sabtu lepas kami ke hospital seremban kat jalan rasah tu. pasai paklong aku (suami kepada kakak mak aku) mengalami kemalangan kecil. kecil tak kecil jugak laaa, teruk muka paklong penuh jahitan sini sana. ilang idung mancung dia. ropa nya mmg adik badik dia semua berhidung ala2 anak mami gitu. padan la sepupu2 aku tu semua idung depa ala2 idlan raja lawak tu ekekkekekekekekkek :D

kami sampai spital tu dlm kul 1:30 gitu, waktu melawat plak abih kul 2 ptg. kena halau la kami apo lagik kan?? jadik aku n the gang dok lepak2 kat situ jek sementara tunggu pukui 4:30 ptg. kami lepak kat klinik depa tu takdak org kat situ.


tgk anis, siap tido baring kat sini.. aku n afzan pun baring2 jugak. adam jek tak reti dok diam. kat spital pun byk idea dia nak merambu ramba.

actually sepupu aku ada ajak ke rumah depa kat seremban tu, tp segan la pulak pasai pakcik makcik depa dari perak dok turun ramai2. tetiba aku jadik pemalu kan?? lagipun aku nak tunggu mak, abah, acik, zura, ateh n adik.

pastu ahad plak takde pojek, kami bawak anak2 pi taman kat cyberjaya. depa punya mood piala thomas blom abih lagik.. bila la mood world cup depa plak nak sampai. jenuh la dok main bola sepak plak aku n afzan lepas nih.


anis n adam dok main badminton lagik. aku join gak tp depa nih bukan leh pegang reket lama sket. siap la mintak balik. tensennnn jek :D


incik aku nih tengah demam masa nih. sian dia panas sgt badan dia. tapi anak2 punya pasai, jalan2 la jugak.