Saturday, October 9, 2010

mission accomplished :D

hmmmmm dari rabu lepas rasa nya dah plan nak masak2 sabtu nih. menu nya nasik beriyani n ayam masak merah. dari kul 8 dah start tungtang2 aku n afzan kat dapo.. masak nasik beriyani dulu, dah terjerang nasik dlm rice cooker, sambung ayam nya plak.

ini lah hasil nya :D


sodap wooooo.. kira menjadik la resepi yang aku amik dari internet. tapi kat belakang rempah beriyani adabi tu ada jugak tulih cara2 nak masak nasik nya tu. sangat sodap, wangiiiii jahhhhh.. kalau kawan2 nak try, guna resepi dari peket rempah beriyani adabi tu jek tau, memang jadik n sodap.

pastu lauk nya, ayam masak merah :


sori ye comot sket :D mesti cuba resepi nih, sangat sodap. anis n adam pun makan banyakkk.. resepi nya seperti di bawah..

Bahan-bahan ( 4 org makan )
• 1 ekor ayam - potong kecil dan goreng separuh masak
• rempah tumis - kayu manis,pelaga,cengkih n bunga lawang
• 3 sudu besar cili kering/ cili boh
• 1 tin kecil tomato puree
• 1 cawan tomato sos
• 5 sudu besar madu
• 5 cm halia - dimayang
• 6-8 ulas bawang putih - dimayang
• 10 ulas bawang merah - dimayang
• 4 labu bawang besar - dihiris bulat
• 1/2 cawan susu cair
• serai

Cara-cara

1. Goreng ayam hingga masak tapi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dari kuali . Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati.

2. Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.

3. Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi.

4. Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis, kacang peas dan daun bawang jika suka.


adam kata ok, tapi ayam je abih, nasik nya tak abih sgt :D


anis cakap sodapppppp.. memang licin nasik dia :D

Friday, October 8, 2010

minggu ulangkaji..

yahhhh sudah tiba lagi minggu ulangkaji bebudak nih.. minggu depan (18 oct until 22 oct 2010) dah start final exam untuk SKTU, skolah anis n adam. start hari nih sampai la ke tarikh tersebut, adalah merupa kan anis adam punya minggu ulangkaji.

anak2 yang nak peksa, mak dia plak yg nervous ek?? depa start buat semua latihannnn jek. takde dah study, cuma kalau tak tau jawapan je kena tanya aku atau tengok buku nota depa semula.


adam tengah buat soalan2 sceince dia, pada dia sceince lebih senang dari maths n BM. keh3 sabau je dgn adam nih ek. adam aku soh duduk atas kerusi, pasai kalau idak kompem dia tertido punya. dia kan banyak alasan. seb baik sudah baik demam dia, memang sengaja aku rehat kan seminggu utk dia recover.


anis plak dok bawah jek, pelik depa nih cemacam gaya. gasak la janji nak studi. nih dia tgh wat latihan math. pada anis pun sceince paling senang, tapi maths dia ok la jugak. tu pasai kena wat latihan maths selalu untuk dia.

pelik la bebudak nih, aku dulu maths la subject feveret aku, depa nih lain plak minat nya. hmmmmm ikut afzan kot ek??


errrr yang nih takdak komen incik !!

IOI properties..

semalam balik dari keje tu, aku n afzan jalan2 sekitar kawasan rumah. kami tgk banyakkkkkk kawasan perumahan baru dari IOI properties.. umang aiiiiii cantik nya design rumah2 depa tu, very the modern look gitu.


antara yg cun pada pandangan aku is sierra 8 nih. perrghhhh aku search harga dia mencecah RM448k woooo. size rumah dia plak 22 X 75 feet. tapi memang cun laaaa.

antara gambar2 dalam sierra 8 (nama pun kemain glamour ek??) :


tengok la design balcony dia, comei nya lahaiiiii..


bahagian belakang dia pun sgt cun, cermin jek semua nih :D siap ada balcony dari masterbedroom.. wahhhh menarik ek??


pastu aku usha kawasan taman alphinia plak, papan tanda pun udah gah ek?? ini kan rumah2 dia plak.


ini lagik besar rumah nya, nampak gaya cam 3 tingkat jah.. aku nak gak usha rumah contoh dia nih, tapi udah tutup daaa.. waktu opis hour je kot bukak nya.. ini pun harga dari RM448k, perghhhh pengsan ..


ini la pintu masuk ke taman2 tersebut. hari2 aku lalu balik dari kerja, baru hari nih singgah tengok2 kawasan rumah dia. skrg kawasan nih amat pesat membangun, cewahhh ayat akak :D tak lama lagi giant akan buka berhampiran pasar borong tu..

aku terbaca ramai btol yg komplen betapa mahai nya harga rumah2 nih. some more leasehold je pun. btol gak tu ek tak berbaloi beli rumah dekat2 setengah juta tapi leasehold jah.. pastu rumah teres je plak tu, bukan banglow ke, semi-D ke ek??

aku ingat lagi 6 tahun lepas masa aku mula2 pindah kawasan nih, tempat pembuangan sampah tu pun masih ada lagi. JJ pun blom buka lagi masa tu. takde org sgt, susah nak cari makan masa tu, kami jalan sampai ke kajang kalau nak makan2. pastu memalam malas nak keluar rumah, dengan bau sampah yg harum semerbak tu, dengan kawasan takde orang nya... uishhhhh seremmm gak.

Thursday, October 7, 2010

kami @ bagan lalang

hmmm baru nak update blog pasai kami kat bagan lalang ari tu. aku, afzan n adam je yang jalan2 nya. sementara anis dok bercamping dgn kelab pencinta alam dia..


kami dok kat sri malaysia, paling murah nih.. takkan nak dok kat sepang gold coast tu kan?? pengsan aku :D sri malaysia sedia kan satu katil single n satu katil queen, amat selesa untuk kami bertiga..


lepas settle down kat bilik, kami jalan2 gi makan n tengok2 laut. makan kat sini memang mewah, sea food amat lah murah n fresh. adoiiiii syiok woooo..


haaaaa kat sini jek kami mampu :D nak dok dalam otel dia idak la akak mampu incik :D malam tu jalan2 sepanjang pantai syiokkkk. ramai jugak yang betol2 camping, pasang khemah tetepi beach tu. depa ada sedia kan tempat mandi segala. rasa nak join gak suatu hari nanti..


ahad tu jalan2 lagi, malam tak nampak sgt nak bergambar. siang ahad tu la baru bergambar.. adam bergambar tepi2 pantai, cantik btol kat sini, air pun jernih jek. nak mandi takde hal lahhh.. cuma kami tak minat mandi laut, leceh..


pastu mandi kolam la kat sri malaysia tu kan?? takkan dok situ tak mandi pool dia. ini keje si adam laaaa.. aku n afzan perhati jek. penat la, panas sgt kat sini, rasa dehydrated jek..


afzan pun malas nak mandi, dok perati kan adam sambil borak2 n main game henpon jahhhhh.. anyway, bagan lalang nih cantikkkk, sesuai untuk picnic, BBQ, camping semua. ada brani??

Wednesday, October 6, 2010

adam demam lagi


adoiii adam adammmmm.. dari malam ahad, lepas kami balik dari bagan lalang tu dia demam, sampai ke hari nih blom jugak semboh2. semalam kami bawak pi klinik, doktor kata dia takleh kena panas lansung.. seb baik tak kena sempot kali nih.

so aku pun tulih surat la untuk cikgu dia, mintak cuti dari isnin sampai jemahat nih. semalam doktor dah bagi MC untuk Selasa n Rabu. Jadik Isnin, Khamis n Jumaat kena la hantar surat. kalau idak depa assume adam monteng plak.


adam nih bukan demam jek, dia ngadu sakit kepala skali. sian btol aku tengok kan. asik makan ubattttt jek keje nya.

anis masa camping tu, dok menjala ikan kat pesisir laut, dok tanam pokok bakau dalam paya bakau, dok berlari sini sana, dengan makan sket2 jek pasai lauk tak sedap. tapi dia coollllll jek. adam je yang sensitif benaaaa..

Monday, October 4, 2010

anis gi camping..

anis dengan 2 lagi kawan dia mewakili SKTU ke bagan lalang untuk ke PERKHEMAHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2010.. dari jumaat lepas dia dah gi dah. 3 hari 2 malam camping nya dan semua ditanggung oleh kelab itu dan siemens. syok ek??

kicik2 dah gi camping minah tu.. aku pi tengok dia sabtu dan ahad, tido di sri malaysia. seb baik ada kosong lagik otel tu. anis sangat seronok, cuma makanan je tak best kata nya :D biasa laaa kan??


nih anis n kawan2 dia dok pilih2 makanan masa dinner. ada nasik goreng, tomyam, sayo, ikan bakar n buah2an. anis amik nasik n 2 ekor udang jek. keh3, baru dia tau cemana dok jauh dgn mak pak ek??


makan dengan kawan2 baik dia. sorang dari skolah yang sama, sorang dari SK Kuala Kubu. depa nih datang dari sekolah rendah seluruh malaysia. syok gak bila anis terpilih untuk mengikuti nya :D


bergambar dalam dorm dia. aku rasa senonoh sket dorm aku masa kat sekolah menengah teknik dulu2 tu ek?? hmmmm bebudak mana la depa tau nak kemas2 segala. lelagi bebudak yg join nih dari darjah 4 sampai darjah 6 jek. dengan anis yg semua menda ayah dia buat :D


anis bergambar beramai2 dengan semua fasilatator and kekanak yang menyertai camping nih. ramai ek?? aku tanya anis dia tak sure berapa orang.. anis yang duduk di sebelah kiri gambar tu..


ahad tu, kami ajak la balik sekali. dia takmo, nak naik bus dengan kawan2 nya. so kami amik dia kat KL central jek :D kemain sronok lagi dia. aku tanya lain kali nak gi lagi idak, NAK katanya :D adoi laaaaa anisss anisss..

Friday, October 1, 2010

kenny rojers lagi..

hari nih anis gi camping kat bagan lalang, sampai la ahad nanti. teruk gak rasa nak lepas kan dia gi, tapi aku tak bagi gi, siap dia majuk2 n nangis2. sian plak kan. so bagi je laaaa.. dia dengan 2 orang lain kawan2 dia wakil untuk skolah dia ke camping alam sekitar peringkat kebangsaan nih.

malam tadik dok kemas barang2 dia, mak aiiii banyak nya barang bebudak pompuan nih ek?? cam nak pindah plak aku tengok kan..

jadik semalam tu, kami gi la makan kenny rojers, dia peminat setia KRs nih. aku posa jadik lepas amik adam dari skolah tros gi sana makan2.


anis dgn portion dia, dia bukan abihs pun, aku jugak tukang perabih nya :D anis suka macaroni & cheese tu..


adam pulak.. sungguh tak tercapai akal ku bila dia abih ayam dia kali nih.. lapar kot, kat skolah tadi dia ada pendidikan jasmani :D lojik ka??

hmmmm pasai anis tu, mungkin aku n de gang akan menyusul ke bagan lalang esok. tido kat hotel sri malaysia ke kan?? kami pun membusybodi ke camping alam sekitar, peringkat kebangsaan nanti. tungguuuuu !!!